Sunday, December 26, 2010

BAYARAN ANSURAN

BAYARAN ANSURAN
Kami sediakan ansuran kepada pelanggan2 kami yang sentiasa menyokong nazconsauna..berikut syarat2 dan keterangan lebih lanjut tentang ansuran nazconsauna..
ü  ANSURAN 3 KALI BAYARAN
1.Bayaran 3 kali..(bulanan atau mingguan)
2.Harga Diva RM580 (cash RM480) / Myra RM510 (cash RM410) / FIR RM750 (cash RM680)
3. Diva RM300 / RM140 / RM140
     Myra RM270 / RM120 / RM120
     FIR RM300 / RM225 / RM225
4. Barang akan di hantar selepas payment pertama dibuat.
5. Anda boleh download borang dibawah dan sertakan sama salinan I/C, Slip gaji 3 bulan dan bil ASTRO atau api atau air yang nama alamat sama. Hantarkan ke alamat atau emel seperti di bawah.
ü  ANSURAN 3 KALI BAYARAN (melalui Standing Instruction)
Automatik pemotongan melalui akaun bank anda(bank2 yang ada 'Standing Instruction')
1. Bayaran 3 kali..
2. Harga Ansuran - sama seperti cash/kad kredit.
    Diva - RM160x3 kali
    Myra - RM150 / RM130 / RM130
    Fir - RM250 / RM215 / RM215
3.Barang dihantar selepas payment ke-3 kami terima.
CARA MEMOHON
Anda boleh download borang permohonan dibawah.. Lepas isikan semua maklumat..sila poskan dan sertakan perkara berikut:- Salinan I.C., Salinan Slip Gaji – 3 bulan, Salinan Bil Elektrik terkini ATAU Bil Astro ATAU Bil Air ATAU Bil Telefon (yang menunjukkan nama.alamat sama dengan borang permohonan).
Sila poskan ke alamat
No. 56, Jalan BM 4/1, Bandar Bukit Mahkota Bangi, 43000 Kajang, Selangor.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Liya:- 017-603 0788 atau email ke miss_azulia@yahoo.com
ü  ANSURAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN (MELALUI BIRO ANGKASA)
1. Sila emailkan permintaan borang permohonan ke orkidhomebiz@gmail.com. Sila  sertakan nama,alamat dan no telefon untuk penghantaran borang.
2. Minimum Pinjaman RM1000..anda boleh beli mane2 sauna (tak termasuk sauna pants) dan kami akan bayar baki dari pinjaman rm1000..contohnyer sekiranya anda beli Diva RM480..bayaran tunai anda terima RM520..
3.Berikut bayaran bulanan RM114x12bulan, RM57x24bulan, RM38x36 bulan..
4. Proses urusan pinjaman adalah 7 hari bekerja.

Saturday, December 25, 2010

Herba & Serai Wangi

Herba
 
Fungsi – Menyingkirkan toksik badan,Menyembuhkan Luka2 dalaman selepas bersalin, Mengurangkan Sinus/Resdung, Menyegarkan Badan, Menghaluskan kulit, menyingkirkan lemak Kandungan :
14 herba akar kayu terpilih seperti serai wangi, Limau purut, limau kasturi, limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina, Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau, Dll.

Cara Menggunakannya:
Masukkan 1 uncang ke dalam periuk sauna yang telah diisi air.

Serai Wangi

Nama Botani

Cymbopogon nardus (L.) rendle

Nama lain

Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)

Famili

Graminae

Pengenalan

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.



 Sumber : nazconsauna

Pakej Slimming Set Hanya RM100.00











Sapukan pada bahagian perut, lengan, paha dan punggung untuk bentuk yan lebih menawan.



Sauna Pants - Hanya RM99.00

HANYA RM99 

Sauna Pants untuk lengkapkan sesi slimming anda di rumah ...Fungsi sauna pants untuk shapekan sekitar perut,peha dan punggung sahaja..oleh itu anda gunakan semasa tidak bersauna..dan perlu bersauna untuk membakar lemak seluruh badan..Miliki nya untuk kesan yang maksimum!! .

*  FREE SIZE dan adjustable..

Kelebihan Sauna Pants Nazconsauna:
1) Kain Berkualiti dan tebal.
2) Kotak Design yang cantik dan menarik.
3) jaminan 1 tahun.
4) Percuma Slim Krim Sampel.
5) Suhu yang Ideal untuk fitkan bahagian perut,paha dan punggung..Kami sentiasa pantau suhu yang berkesan.

UNTUK KESAN MAKSIMUM ANDA DUDUK SEDIKIT SAHAJA ..JADI SAUNA PANTS AKAN LEBIH RAPAT..




Set Sauna Di Rumah

Diva-Relax Steam Sauna

TUNAI RM480 / ANSURAN RM580

PALING LARIS DI PASARAN!! FREE KERUSI LIPAT, HERBA SAUNA, SLIMMING KRIM SAMPEL, URUT KAKI KAYU, DETOX PATCH,JUS DELIMA (Selagi stok masih ada SAHAJA)..FREE GIFT AKAN DIGANTIKAN BARANGAN LAIN DAN TIDAK BOLEH DIPILIH..

1 SET LENGKAP HANYA RM480 (FREE DELIVERY BY HAND HINGGA KE SEREMBAN DAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA)




Kelebihan Sauna:

1-Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
2-Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
3- Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
4- Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.

5- Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
6-Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.

 Sauna design terbaru ini :
  - Paling mudah dipasang & simpan,
- Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air & tahan lama.
- Harga yang sangat berpatutan.
- Mendapat kelulusan CE approval yang diperakui diseluruh dunia.
- Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan & kesihatan. Anda bebas bersauna dengan privasi hanya di rumah anda.

 

Ezy FIR Sauna

TUNAI RM680 / ANSURAN RM750


 FREE GIFT - KERUSI,URUT KAKI KAYU,SLIM KRIM SAMPEL,FOOT DETOX PATCH,JUS DELIMA (Selagi stok masih ada sahaja)..akan di gantikan free gift lain kalau mane2 stok dah habis..free gift tidak boleh dipilih..

 

 

 

Kelebihan Infrared Sauna

Kajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6um-15 um boleh memberi faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia.
Manfaat sinar inframerah jauh :
Inframerah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung.
Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.
  1.  Mengurangkan kesakitan sendi, urat saraf.
  2. Mencantikkan kulit.
  3. Mengurangkan selulit
  4. Mengurangkan stress.
  5. Mengurangkan masalah sinus, resdung dan migraine.
  6. Meningkatkan sistem imunisasi badan. Memulihkan selsema dan demam.
  7. Meningkatkan metabolisme (600 kalori baker dalam 30 minit). Bila pengaliran mikro meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme. Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal.
  8. Menyeimbangkan pH dalam tubuh.
  9. Bertindak sebagai antioksida..Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
  10. Anti penuaan.




Teknikal Data

Model – Ezy FIR Sauna
Power – 650W
Saiz – 80cm x 70cm x 95cm
Berat – 6kg
Kawalan Masa – 5-30minit
Kawalan Suhu – 40 C- 65 C
Pasang Siap.
Warna – Putih.

Pengenalan

Apakah FIR atau Far Infrared (Sinar Infra Merah)
Sinar Infra Merah Jauh
Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bagi semua kehidupan di bumi. Cahaya matahari 80% nya merupakan sinar infra merah. Panjang gelombangnya 4 – 1000 mikrometer. Sinar infra merah menghasilkan panas, dan panas tersebut dapat diserap dan dimanfaatkan kembali.
FIR sauna atau Far Infrared Sauna ialah sauna kering (dry).
Ia merupakan kaedah moden menggunakan Far Infrared untuk membakar lemak, membuang toksik badan & mengurangkan insomnia dll
Mudah di lipat dan pasang. Mudah dibawa kemana-mana.
Boleh kawal masa antara 5 minit-30 minit... ikut kemampuan anda.
Power-600W.
Kain tebal dan kalis air.
3 panel pemanas (1 dibelakang dan 2 dikiri dan kanan)
Remote control disediakan.
Mempunyai 6 tahap suhu iaitu(40,45,50,55,60 & 65)
Anda boleh setkan suhu yang anda kehendaki.
Saiz Sauna P x L x T = 80cm x 70cm x 95cm

Myra Steam Sauna

Kini sesiapa saja boleh bersauna! Kepada pelanggan kami yang mementingkan budget,
Kami tampilkan Myra Stream sauna penuh gaya..Kini dalam warna FUNKY..lebih menarik dan bergaya..kain berkualiti tinggi..tebal..3 lapisan..Nylon,fiber dan pvc..tahan panas dan tak mudah koyak..

FREE GIFT SLIM KRIM SAMPEL, HERBA, JUS DELIMA,FOOT DETOX PATCH(SELAGI STOK MASIH ADA SAHAJA)..DAN AKAN DIGANTIKAN DENGAN HADIAH2 LAIN..


Kain nampak mewah dengan lapisan kain Nylon di jahit berbentuk diamond, fiber di bahagian tengah dan PVC kalis air bahagian dalam..

Sumber: Nazcon Sauna

 

 

Info Sihat




Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
Statistik ini membimbangkan kebanyakan wanita di Malaysia. Lebih-lebih lagi, memilik tubuh badan yang langsing menjadi idaman setiap wanita.

Kesihatan tanggungjawab
bersama

TAHUN 2010 banyak memberi cabaran kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.
Rakyat negara ini berdepan dengan risiko tinggi menghidap penyakit tidak berjangkit akibat gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti hipertensi, diabetes dan obesiti didapati semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian 10 tahun dari 1996 hingga 2006 menunjukkan NCD mencatatkan peningkatan ketara dengan hipertensi meningkat sebanyak 44 peratus, diabetes sebanyak 80 peratus dan obesiti hampir 220 peratus.
"Penyakit ini umumnya adalah berpunca daripada pemilihan gaya hidup. Kurang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat dan terlalu banyak stres adalah penyumbang kepada penyakit ini.
"Saya berharap entiti penjagaan kesihatan swasta dan awam boleh bekerjasama untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri mereka daripada penyakit berkenaan," katanya.
Pihak kementerian telah menyediakan peruntukan khas dan melaksanakan sebanyak 55 projek intervensi NCD (sebagai projek demonstrasi) di seluruh Malaysia.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi Intervensi NCD dalam komuniti adalah saringan penyakit kardiovaskular (BMI, tekanan darah,
gula dan kolesterol dalam darah), kesihatan mental, status merokok dan pengambilan alkohol (di beberapa lokasi tertentu).
Selain itu, pihak kementerian juga menggalakkan aktiviti fizikal dan senaman seperti senamrobik, poco-poco, fitball-robik, program berjalan kaki dan taici.
Program menjurus kepada pemakanan turut dilaksanakan dengan mengadakan demonstrasi masakan sihat, peraduan masakan sihat, pameran, ceramah dan motivasi kesihatan.
Kementerian mensasarkan peningkatan jangka hayat penduduk kepada kira-kira 82 atau 83 tahun daripada 76 (wanita) dan 73 (lelaki) pada masa ini menjelang 2020. Langkah itu diharap dapat meningkatkan jangka hayat penduduk setanding dengan negara-negara maju seperti United Kingdom (80) dan Jepun (85).

Utusan Malaysia Online


Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai:

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.

SAUNA & KESIHATAN


Bersauna/Mandi Wap selama 20 minit sama seperti anda berjogging sejauh 1km atau bersenam selama lebih 2 jam iaitu mengeluarkan peluh dan jumlah kalori yang dibakar sama cuma kaedahnya berbeza. Dan seluruh keluarga anda boleh mencubanya!!

Bersauna lebih mudah & menjimatkan masa. Harga yang terendah di pasaran telah memberi peluang kepada ramai peminat-peminat sauna menikmati sauna di rumah dengan lebih privacy dan mudah.

Berat badan akan turun sekiranya anda bersauna secara konsisten atau tetap setiap minggu 3-4 kali seminggu.

Bersauna secara konsisten akan memecahkan lemak-lemak & kolesterol baru & lama. Ini boleh mengelakkan dari penyakit jantung, darah tinggi & strok serta melancarkan perjalanan darah; sekaligus memberikan kesihatan dalaman dan luaran yg terbaik kepada anda!!

Kelebihan sauna telah terbukti dari dulu lagi..pelbagai kaedah digunakan zaman dahulu..tetapi kini anda boleh bersauna hanya sambil menonton TV..kesan tetap sama..terbukti berkesan :

1. Menurunkan berat badan dengan ideal.
2. Kepada anda yang tiada masa berjogging, sauna mampu mengeluarkan peluh dan toksik.
3. melancarkan peredaran darah.
4. Mengurangkan sinus dan migrain.
5. mengurangkan sakit2 badan dan sendi.
6. menrehatkan badan dan minda setelah seharian bekerja.
7. membakar kalori anda seperti anda berjogging 2 km!.
8. membuang angin meroyan dan memulihkan luka-luka selepas bersalin dan juga fitkan semula badan..