Saturday, December 25, 2010

Set Sauna Mampu Milik

Sauna Di Rumah Anda...
Mengapa harus membuang ribuan ringgit untuk ke spa hanya untuk bersauna?

Kami menawarkan home sauna dengan harga yang termampu oleh semua. Home sauna boleh digunakan dirumah & semua anggota keluarga boleh menggunakannya. Lebih selesa bersauna di rumah dan yang terpenting menjimatkan masa dan wang anda! Lebih-lebih lagi dengan kegawatan ekonomi sekarang.

Rata-rata orang Amerika menggunakan built-in-sauna dirumah mereka untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan kulit muka kerana telah terbukti sauna dapat meningkatkan mutu hidup seseorang.

Jom, Mari Kita Bersauna!

Apa yang anda perlu tahu tentang kebaikan bersauna?


Sauna Mandi Wap merupakan gabungan kaedah Moden-Traditional yang termudah & harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Mudah dipasang.

Fungsi Sauna Di Rumah ialah seperti:
  • Membakar lemak dan menurunkan berat badan secara traditional
  • Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin & menyegarkan tubuh badan
  • Menggantikan aktiviti jogging atau bersenam
  • Mengurangkan risiko serangan darah tinggi & kencing manis
  • Membuang toksik badan melalui peluh
Dengan pembelian 1 set sauna, anda boleh lakukan sauna sendiri dengan privasi dan bila-bila masa. Sangat praktikal dari segi kos & masa.
Langkah-langkah Keselamatan:

Sauna tidak boleh dilakukan sekiranya anda dalam keadaan seperti dibawah:
  • Mabuk
  • Dalam pengaruh ubat yang mengantuk
  • Masalah kesihatan yang serius seperti jantung, buah pinggang dll.
  • Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
  • Kanak-kanak dibawah 10 tahun. 10-15 tahun ke atas yang mengalami masalah berat badan perlu pengawasan daripada ibubapa
  • Wanita yang sedang mengandung
  • Orang kurang waras
  • Jangan lap dengan kain basah dibahagian luar dan dalam dan jauhkan dari percikan air
  • Lapik kain dibawah dalam sauna
  • Elakkan daripada terkena hujan dan hentakan yang kuat (dalam kenderaan)
  • Jangan sentuh panel pemanas. Jangan masukkan benda-benda besi dalam sauna
  • Pastikan tangan anda kering sebelum bersauna
  • Lelaki tidak digalakkan bersauna terlalu kerap kerana ini akan menyekat kesuburan kelelakian mereka. Gunakan tuala semasa bersauna
  • Jauhi benda yang boleh meletup
  • Jangan bersauna semasa kilat dan hujan lebat
  • Rehatkan selama 1 jam sekiranya sauna berterusan selama 3 jam
Jaminan (Warranty)

Jaminan selama 6 bulan untuk Diva Steam Sauna dan Infra Red Sauna. Jaminan selama 3 bulan untuk Myra Steam Sauna tertakluk kepada syarat-syarat seperti dibawah:

Jaminan akan ditolak sekiranya kerosakan disebabkan oleh pelanggan iaitu:
  • Menggunakan tanpa mengikut peratuan
  • Cuba perbaiki sendiri
  • Terjatuh dan sebagainya atas kecuaian sendiri
i

No comments:

Post a Comment